Rabu, 25 April 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 5S


25.4.2012 - Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan 5S telah diadakan pada 24.4.2012 jam 08.30 pagi di Bilik Mesyuarat IKBNSI. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu mengenai masalah yang timbul semasa membuat audit 5S di setiap sektor kepada juruaudit serta merancang tarikh pengauditan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee Lee selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman 5S. 


Selasa, 13 Mac 2012

KURSUS AUDIT DALAMAN AMALAN 5S



14.3.2012 - Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan 5S, Institut Kemahiran Belia Negara seri Iskandar telah mengadakan Kursus Audit Dalaman 5S pada 13.3.2012 jam 09.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Kursus ini telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa audit, ketua jabatan, cawangan dan unit. Penceramah jemputan telah diundang khas dari Syarikat Bousted Shipyard Sdn. Bhd yang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam pelaksanaan amalan 5S terutama sekali dalam bidang pengauditan. Sesi taklimat dari pihak penceramah selama 1 jam 30 minit dengan disusuli latihan amali kepada peserta kursus yang diiringi bersama penceramah bagi mendapatkan gambaran sebenar teknik penilaian markah di setiap sudut. Tentatif kursus ini merangkumi taklimat, teori, praktikal, lawatan di setiap sudut 5S dan perbincangan semula borang pengauditan. 


En. Mohd Adzlee @ Lee telah membawa penceramah ke sudut utama amalan 5S di ruang tamu Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan bersama peserta kursus bagi mendapatkan komen dan pandangan.


Penceramah memberi pandangan dan komen sesuatu sudut pelaksanaan amalan 5S di ruang kerja  kepada peserta kursus.


Penceramah memberi komen dan teknik penilaian pemarkahan di sesuatu sudut 5S di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan kepada peserta kursus. 


Penceramah telah di bawa ke Perpustakaan dengan tujuan untuk mendapatkan komen dan pandangan dari segi penilaian pemarkahan.


Para peserta kursus mendengar pandangan dan komen yang diberikan oleh penceramah mengenai pelaksanaan amalan 5S di bengkel dan makmal.


Penceramah telah di bawa ke Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan menunjukan sudut 5S yang dihasilkan secara inovasi. 


En. Mohd Adzlee@Lee telah membawa penceramah ke sudut 5S yang merupakan sektor  5 dan banyak memperolehi penganugerahan amalan 5S.


Para peserta kursus berkesempatan mengambil gambar bersama penceramah dan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator 5S.