SERI
ISKANDAR, 7 JULAI 2018 - AUDIT DALAMAN EKSA IKBNSI
telah dijalankan pada 2-6 Julai 2018. En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan
Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mengetuai pasukan Audit Dalaman EKSA
IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh 10 anggota dari pelbagai zon bagi menilai
tahap penerapan elemen EKSA.
Proses pengauditan telah dijalankan bermula pada jam
8.30 pagi hingga 05.00 petang mengikut zon-zon yang telah ditetapkan. Lawatan
audit telah dibuat di keseluruhan kawasan EKSA merangkumi semua unit dan
bahagian.
Laporan
terperinci akan dikeluarkan oleh pihak auditor, yang secara umumnya berpuas
hati dengan elemen-elemen EKSA yang telah diterapkan dengan beberapa cadangan
penambahbaikan